Select Page

Berikut merupakan antara soalan-soalan yang biasa ditanya oleh para pelanggan kami berkaitan produk Nawal Herbal Beauty:-

Set Bersalin
1. Apakah perbezaan di antara Set Bersalin Pakej A, Set Bersalin Pakej B dan Set Bersalin Pakej C?
– Perbezaan dari segi bilangan produk yang dimasukkan dalam Set Bersalin setiap pakej. Pakej A mengandungi 8 produk asas, Pakej B mengandungi 9 produk dan Pakej C mengandungi 10 produk. Harga dan fungsi produk juga berbeza.

2. Adakah saya boleh loose ‘loose’, tidak mahu membeli set?
– Ya anda boleh membeli secara ‘loose’ juga terpulang kepada keperluan dan bajet anda.

3. Apakah Set Bersalin Nawal Herbal Beauty ada menggabungkan produk-produk untuk pemakanan atau dalaman sekali?
– Tiada produk pemakanan atau dalaman yang terkandung dalam Set Bersalin Nawal. Namun begitu, walaupun ianya hanya luaran saja namun ia cukup penting dan mustahak digunakan oleh ibu berpantang untuk mengembalikan kesihatan dan kecantikan anda seperti sediakala.

4. Cukupkah untuk digunakan selama 40 hari berpantang atau lebih?
– Set Bersalin Nawal boleh digunakan lebih daripada 40 hari tempoh berpantang. Hanya Bedak Panas Syifa saja yang akan habis dalam tempoh 40 hari berpantang untuk tujuan param dan pilis. Adapun bagi produk Tungku Besi dan Bengkung Ibu, ia boleh tahan untuk seumur hidup. Sarung Tungku Herba boleh tahan untuk tempoh 3 tahun. Herba Mandian Azzahra boleh digunakan untuk 2 bulan mandian dan disimpan lama untuk 6-8 bulan cuma khasiat herbanya semakin berkurangan apabila terlalu lama. Produk-produk lain juga boleh tahan digunakan untuk 1-2 bulan.

5. Adakah Set Bersalin ini sesuai digunakan bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan?
– Ya. Ianya sesuai digunakan oleh ibu yang melahirkan secara pembedahan. Cumanya lambatkan sikit mula digunakan contoh Bengkung Ibu pada hari ke-3 dan Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba boleh digunakan untuk bertungku pada bahagian selain perut.

Set Spa di Rumah
1. Apakah produk-produk yang terkandung di dalam Set Spa di Rumah?
– Set Spa di Rumah adalah kombinasi 3 produk spa iaitu Herba Mandian Azzahra, Bedak Panas Syifa dan Pati Minyak Serai Wangi. Ia sesuai digunakan oleh spa-spa kecantikan untuk membuat terapi mandian untuk mewangikan tubuh, meningkatkan aura positif, menghaluskan kulit, dan membuang angin.

2. Adakah ia sesuai digunakan oleh sesiapa saja?
Ya. Ia sesuai digunakan oleh semua golongan termasuk lelaki juga dan ibu dalam pantang. Disyorkan untuk digunakan sekurangnya 1 kali seminggu untuk kesan lebih ketara.

3. Siapakah golongan yang paling sesuai menggunakan produk Set Spa di Rumah ini?
– Ibu dalam pantang, wanita yang stress bekerja, wanita yang ingin menurunkan berat badan cukup hanya dengan membuat lulur seluruh badan dan biarkan hingga 30 minit di dalam tandas.

Set Tangas Herba
1. Apakah perbezaan di antara Tangas Basah dan Tangas Kering?
Tangas basah berbeza kaedahnya berbanding tangas kering. Begitu juga fungsi keduanya tirut berbeza. Tangas basah memerlukan kerusi tangas, herba mandian azzahra, dan periuk tanah. Hanya perlu rebus herba ke dalam periuk tanah dan letak periuk tanah di bawah kerusi. Manakala tangas kering memerlukan kerusi tangas (boleh juga kalau tak menggunakan kerusi tangas), herba tangas kering, batu sungai, dan pelbagai herba sampingan. Bagi tangas kering, anda boleh juga membuatnya sambil mencangkung separuh atau berdiri sambil mengangkang kaki. Fungsi dan kebaikan tangas kering lebih istimewa.

2. Bolehkah bagi remaja yang belum berkahwin untuk bertangas?
– Ya, boleh juga, tiada masalah. Kecuali tidak boleh bertangas semada mengandung dan period sahaja.

Tungku Besi
1. Adakah tungku besi dengan berat kurang atau lebih dari 2 kg turut dijual di Nawal Herbal Beauty?
– Tiada. Kami hanya menjual Tungku Besi dengan berat 2 kg sahaja kerana permintaan begitu tinggi untuk berat 2 kg ini dan paling sesuai untuk digunakan dan dipegang oleh semua golongan.

2. Bagaimana cara guna dan berapa lamakah ia boleh tahan digunakan?
– Tungku Besi perlu dibakar atas api paling perlahan selama 30 minit. Jangan sekali-kali anda menggunakan api sederhana atau kuat ya. Selepas itu tutup api dan rehatkan 5 minit. Kemudian baru dinasukkan ke dalam Sarung Tungku Herba dan boleh terus bertungku. Kepanasan Tungku Besi ini boleh bertahan hingga 1 jam.

Sarung Tungku Herba
1. Apakah kandungan herba yang dimasuklan di dalam Sarung Tungku Herba?
– Herba Mandian Azzahra dimasukkan di dalam Sarung Tungku Herba.

2. Adakah ia boleh dibasuh?
– Ia tidak boleh dibasuh. Cukup hanya menjemurnya sekejap dan disimpan dalam bekas terbuka sedikit.

Bengkung Ibu
1. Bagaimana cara ikatan tali Bengkung Ibu ini?
– Ikatan berbentuk zigzag dengan 2 tali bermula dari atas ke bawah. Ia akan mudahkan ibu akan ke tandas dengan membuka ikatan tali sedikit di bawah.

2. Adakah ia labuh berbanding bengkung biasa yang terdapat banyak di pasaran?
– Ya rekaan Bengkung Ibu ini labuh dari paras bawah dada hingga peha. Standard ukuran bagi Free Size ialah 22 inci × 46 inci. Ia sesuai dengan kebanyakan saiz badan pengguna dan sangat selesa dipakai.

3. Adakah ibu yang melahirkan secara pembedahan boleh memakai Bengkung Ibu ini?
– Ya boleh. Mulakan berbengkung pada hari ke-3 selepas bersalin ya.

4. Bilakah boleh dimulakan berbengkung dan berapa satu sehari?
– Bagi ibu yang melahirkan secara normal, mulakan berbengkung pada hari pertama berpantang. Berbengkung seeloknya selama 8 jam sehari bermula selepas ibu selesai membuat urutan dengan bidan kampung, diikuti dengan bertungku, membuat mandian herba dan kemudian barulah berbengkung.

5. Adakah ia boleh dibasuh setiap hari?
-Fabrik Bengkung Ibu yang diperbuat daripada kain kasa belacu, tidak begitu disyorkan untuk dibasuh setiap hari. Cukup hanya 1 kali seminggu sahaja dibasuh. Pada waktu malam, ramai di kalangan ibu tidak memakai bengkung atas faktor masa untuk tidur.

6. Apakah beza saiz di antara Free Saiz, Xl dan Xxl?
– Saiz Xl utk berat 75 kg +. Manakala saiz xxl sesuai untuk berat 90 kg. Selain daripada saiz tersebut, kami akan beri kepada pelanggan Free saiz ya.

Herba Mandian Azzahra
1. Apakah perbezaan Herba Mandian Azzahra dengan herba-herba keluaran syarikat lain yang terdapat banyak di pasaran?
– Herba Mandian Azzahra begitu istimewa dan berlainan daripada keluaran syarikat lain kerana herba kami ditanam di ladang-ladang Orang Asli dan hutan tempatan. Ianya tidak diproses dijadukan rempah serbuk tetapi dikeringkan sahaja dan terus dipek segar-segar untuk dipasarkan. Herba kami sangat bermutu tinggi, segar dan tinggi khasiatnya khas untuk mandian ibu dalam pantang, rendaman kaki, herba tangas basah dan herba sauna. Didalam herba kami ada dimasukkan garam bukit juga.

2. 1 pek ni boleh tahan digunakan untuk berapa lama?
– Ia bolej tahan digunakan untuk 2 bulan mandian. Dan bileh disimpan lama sehingga 6-7 bulan.

Bedak Panas Syifa
1. Apakah beza di antara param, pilis dan lulur?
– Param adalah pemakaian pes herba Bedak Panas Syifa di bahagian perut khas untuk menegangkan perut buncit, membuang angin. Pilis adalah pemakaian pea herba Bedak Panas Syifa di atas dahi untuk menutup pori kulit dari dimasuki angin, mengubati pening, mengelakkan angin meroyan. Lulur adalah pemakaian pes Herba Bedak Panas Syifa di seluruh badan untuk menghalau angin, menanggalkan daki dan minyak di kulit, menghangatjan badan, menghaluskan kulit.

3. Bedak Panas Syifa sesuai ke untuk menghilangkan daki-daki di badan dan menghilangkan bau ketiak dan juga membakar lemak?
– Ya Bedak Panas Syifa berkesan menghilangkan daki, mengatasi bau ketiak dan menguruskan badan dengan cara anda lulur seluruh badan disertai campuran 3-4 titis Pati Minyak Serai Wangi selama 30 minit sehingga anda berpeluh. Amalkan setiap hari In shaa Allah kesan yang menakjubkan menanti anda.

Pati Minyak Serai Wangi
1. Apa kegunaan produk ini?
– Ia serbaguna dan untuk kegunaan luaran sahaja. Termasuk melegakan perut kembang, angin, mengurut ibu dalam pantang, untuk mandian aromaterapi dsbg. Tidak sesuai untuk bayi.

2. Adakah ianya 100% pati herba serai wangi?
– Ya ia diperbuat dari 100% pati minyak serai wangi

3. Bolehkah dijual secara borong atau kuantiti besar?
-Kami terima jualan borong untuk pengeluar kilang OEM atau pihak sekolah yang ingin menghasilkan produk sebagai bahan eksperimen pelajar mereka atau kepada pemilik Spa juga kepada Pusat Rawatan Tradisional.

Feminine Wash Manjakani
1. Adakah ibu mengandung sesuai memakai Feminine Wash Manjakani ini?
– Ya sesuai kerana kandungan herba buah manjakani dan daun sireh yang digunakan selamat untuk ibu hamil.

2. Adakah ia selamat digunakan oleh ibu dalam pantang?
– Ya sesuai kerana bahannya terbukti selamat dan tiada bahan kimia berbahaya. Ia mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada faraj akibat proses bersalin. Ramai pelanggan kami yang telah menggunakannya sepanjang berpantang dan terbukti berkesan untuk atasi faraj berbau, gatal dan menyegarkan.

3. Bilakah mula sesuai mengguna cucian wanita ini bagi ibu berpantang?
– Pada hujung minggu pertama berpantang, ibu sudah boleh menggunakan cucian wanita ini. Gunakan sekali sehari saja ya.

Intensive Toning Lotion
1. Adakah ia berkesan untuk membakar lemak dan mengurangkan berat badan?
– Ya sangat berkesan untuk membakar lemak dan mengurangkan berat badan .

2. Adakah ia panas seperti kebanyakan produk-produk ‘slimming’ di pasaran?
– Intensive Toning Lotion tidak menyebabkan rasa panas atau hangat menyengat, berbeza dengan losyen ‘slimming’ lain di pasaran. Ia juga tidak melekit dan cepat menyerap.

3. Berapa lama kita dapat melihat kesannya ke atas penurunan berat badan kita?
– Biasanya selepas 2 minggu pakai losyen ini anda sudah mula nampak kesan ketara. Itupun jika anda konsisten pakai minimum sekali sehari dengan menggosok lama pada tempat bermasalah supaya losyen betul-betul menyerap ke dalam kulit.

4. Losyen ini tidak panas, jadi bagaimana ia dapat berfungsi?
– Kandungan losyen ini tidak dimasukkan menthol atau cili, jadi sebab itu tiada rasa panas apabila menggunakannya. Dalam seminggu pertama anda pakai losyen ini, anda akan kerap membuang air. Sepanjang menggunakan losyen ini, anda akan kerap berpeluh dan membuang angin. Itu adalah proses tindakbalas losyen ini di dalam badan untuk membuang toksin dan seterusnya memecahkan lapisan lemak tepu yang menyebabkan masalah kegemukan.

4. Bagaimana cara penggunaan losyen ini?
-Picit sedikit dan gosokkan di tempat bermasalah sahaja. Gosok lama-lama supaya losyrn betul-betul menyerap ke dalam kulit. Untuk hasil cepat, pakai 2 kali setiap hari.

5. Adakah sesuai digunakan oleh ibu yang menyusu?
– Ya sesuai kerana losyen ini tidak panas dan selamat untuk bayi anda.

Collagen Soap
1. Adakah ia sabun pencuci muka biasa atau mempunya fungsi ekstra untuk kulit kita?
-Ianya adalah sabun ajaib, dengan formula yang hebat dan berkualiti tinggi.

2. Berapa lama kesan dapat dilihat selepas penggunaan produk ini?
– Biasanya dalam masa 21 hari anda dapat lihat kesan positif.

3. Adakah ia sesuai digunakan untuk muka dan badan?
– Ya untuk kulit muka dan badan.

4. Bagaimana cara penggunaan sabun ini?
– Penggunaan seperti biasa. Cuma jangan basahkan dengan air. Cukup hanya sapu sikit pada tempat kulit bermasalah dan gosok secara lembut di bahagian muka dan gosok lebih lama pd bahagian badan.

5. Apakah terdapat sebarang kesan sampingan dari penggunaan produk ini?
– Tiada kesan sampingan. Kulit akan menjadi semakin baik dan semakin berubah ke arah lebih cantik.

Repairing Beauty Lotion
1. Apa fungsi utama losen ini?
– Untuk merawat kerosakan kulit dan mengembalikan kecantikan dan keserian kulit. Juga mampu menganjalkan kulit dalam jangka masa panjang. Paling pelanggan verpuas hati apabila losen ini mampu menghilangka stretchmark dan mengurangkan kesan parut.

2. Adakah ibu sedang hamil bagus menggunakan losyen ini?
-Ya sangat sesuai. Ianya khas untuk mencegah stretchmark dan merawat alahan kulit semasa hamil termasuk gatal dan ruam.

3. Adakah losyen ini panas dan melekit apabila dipakai?
– Tidak panas dan tidak melekit.

4. Berapa lamakah tempoh masa diambil untuk melihat kesan positif?
– Biasanya dalam masa 21 hari.

Hubungi Kami

Nawal Herbal Beauty
Lot 1118i Jalan Rahmat
Kg Teras Jernang
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Malaysia

Email Address: nawalofficial@gmail.com
Telephone: +6012 - 991 2841