Select Page

CARA BERPANTANG MELALUI KAEDAH TRADISIONAL DENGAN SET BERSALIN NAWAL HERBAL BEAUTY

>>Bersalin secara pembedahan<<

1. Bengkung Ibu mulai dipakai pada hari ke-3 selepas bersalin. tegakkan badan semasa anda memakai bengkung ini. minta bantuan suami untuk membuat ikatan tali bengkung tersebut.

2. sapukan pilis sahaja di atas dahi. param tidak boleh diguna ya untuk mengelakkan param dari terkena kawasan jahitan pembedahan.

3. buat bancuhan pilis menggunakan Bedak Panas Syifa dan dicampurkan dengan 2 titis Pati Minyak Serai Wangi. Pilis mampu mengelakkan angin sekaligus dapat mengelakkan dari pening dan sakit kepala. Pilis dapat juga mencerahkan pandangan. Simpul rambut tinggi-tinggi semasa siang hari anda berpantang.

3. Sapukan losen Intensive Toning Lotion di peha, betis, dan lengan anda. Losen ini mengandungi ekstrak lemon citrus, beras dan kolagen dan mampu membakar lemak. Losen ini tidak panas dan sangat selesa dipakai.

4. Gosokkan Pati Minyak Serai Wangi ke seluruh anggota badan anda kecuali bahagian perut. Ia mampu.menghangatkan badan, memberi haruman herba aromaterapi dan mengelakkan liang roma dari dimasuki angin.

5. Untuk tujuan mengurut, campurkan 2-3 titis Pati Minyak Serai Wangi dengan minyak angin biasa yang sesuai untuk mengurut ibu selepas bersalin. Hanya sedikit sahaja diperlukan kerana Pati Minyak Serai Wangi ini 100% pati, pekat dan panas. Ia tidak sesuai untuk disapu ke badan bayi.

6. Cuci Miss V anda dengan Feminine Wash Manjakani kira-kira selepas 2 minggu melahirkan. Gunakan setiap 3 hari dan tambahkan kekerapan selepas anda selesai tempoh berpantang.

7. Bertungku dengan Tungku Besi bermula minggu ke-2 berpantang. Bertungku boleh dibuat hanya di bahagian peha, betis dan belakang badan sahaja. Anda dilarang bertungku dikawasan perut sama sekali.

8. Masukkan tungku besi yang telah selesai dipanaskan ke dalam Sarung Tungku Herba. Gunakan api paling perlahan semasa membakar/ memanaskan tungku besi bagi mengelakkan fabrik Sarung Tungku Herba daripada menjadi terkoyak atau hangus.

9. Amalkan mandi herba sekali sehari dengan menggunakan Herba Mandian Azzahra. Campuran pelbagai daun herba segar dan berkualiti tinggi, yang sangat sukar diperolehi ini mampu menaikkan aroma herba yang menenangkan, menyingkirkan angin, melancarkan perjalanan darah, mengharumkan tubuh dan mempercepat penyembuhan tubuh dalaman selepas proses bersalin.

10. Air herba yang telah direbus dimasukkan ke dalam baldi dan daun-daun herba yang telah direbus tersebut boleh diulang rebus 3 kali untuk 3 kali mandi. Titiskan sedikit Pati Minyak Serai Wangi ke dalam baldi yang telah diisi air herba tersebut untuk menghasilkan mandian herba beraromaterapi.

>> Ibu Bersalin Normal<<

1. Semua cara di atas adalah sama, kecuali pemakaian Bengkung Ibu mesti dimulai pada hari ke-2 berpantang dan dipakai bersama sapuan Param di sekitar perut. Param menerusi produk Bedak Panas Syifa dipakai sekali pada setiap hari.

2. Amalkan bertungku pada setiap pagi, selepas ibu selesai mandi herba. Proses bertungku mesti meliputi kawasan perut bagi mengempiskan perut, mengecutkan rahim/ peranakan, membuang lendiran darah kotor. Lebih elok ibu bertungku juga pada sebelah petang hari untuk mempercepatkan proses pemulihan badan.
3. Amalkan memakai bengkung selama 8 jam setiap hari. teruskan berbengkung selama 40 hari.

IN SYAA ALLAH DENGAN CARA YANG BETUL, ANDA AKAN DAPAT KEMBALI SIHAT, RAMPING, LANGSING DAN BERSERI LUARAN DAN DALAMAN.

—————–♡♡♡—————–

Amalan penjagaan yang sempurna semasa dalam tempoh berpantang mampu menjadikan anda kelihatan awet muda biarpun telah mempunyai anak 3 dan yang penting, sentiasa tip top dihadapan encik suami anda.

20130809_125021

—————-
IMPLIKASI MENAKUTKAN APABILA ANDA TIDAK MENJAGA PANTANG ANDA DENGAN SEMPURNA
—————-

》wajah nampak tua sebelum usia
》Sakit sendi dan tulang menyocok-nyocok menyerang anda
》Rasa sejuk dan angin
》Perjalanan darah haid tidak lancar
》Bentuk badan cepat berubah seolah dr buah pear menjadi buah epal. Menggeleber sana-sini
》Semakin berisi dan gemuk
》Hubungan intim bersama suami semakin terjejas
》Gagal menahan kencing
》cepat letih

Jagalah pantang anda dengan sempurna. Gunakan Set Bersalin Nawal Herbal Beauty untuk mendapatkan kembali kesihatan dan kecantikan semulajadi anda. Penjagaan sempurna semasa dalam tempoh berpantang mampu mengekalkan kesihatan dan kecantikan anda.

Kawan2 dan suami anda pasti terpegun!

Jangan kita kalah dengan anak dara! Jom berpantang dengan Set Bersalin Nawal Herbal Beauty. Anda sihat, cantik dan slim dalam masa singkat.

Ianya bercirikan tradisional, kampung tp amat mudah dan ringkas untuk digunakan. Cepat apa yang anda tangguhkan lagi?