Select Page

Mommy pengguna Bengkung Ibu Nawal Herbal Beauty? Sila rujuk manual di bawah untuk tatacara pemakaian dan penjagaan Bengkung Ibu ya :-

Cara Pemakaian
————————-

1. Ikat tali bermula daripada bawah dan menaik ke atas.
2. Setiap ikatan seeloknya kejap dan kemas.
3. Ikatan akan tamat di bahagian atas iaitu di bawah dada. *Nota: anda juga boleh mulakan ikatan daripada atas, bergantung kepada keselesaan. tetapi lebih disyorkan untuk mulakan daripada bawah kerana amalan ini mampu menolak rahim ke atas. *Nota: sekiranya anda bersalin secara czer, sesuai memakai Bengkung Ibu pada hari ketiga dan longgarkan ikatan di bahagian perut. Juga anda tidak boleh memakai param di perut anda sebagaimana ibu bersalin secara normal ya.

Cara Basuhan
———————

1. Bengkung Ibu tak boleh direndam.
2. Tak boleh dibasuh dengan mesin basuh.
3. Cuma perlu celupkannya di dlm baldi yang berisi sedikit sabun dari jenis lembut (detergent) kemudian berus pada bahagian yang melekat kotoran sahaja.
4. Jemur tak boleh di bawah panas matahari. Sesuai jemurkannya hanya di dalam rumah atau ruang ruang tertutup sahaja. Sinaran terik matahari mampu menyebabkan fabrik Bengkung Ibu mengecut dan berkedut.
5. Tidak sesuai untuk membasuh secara kerap. Basuhan yang disyorkan adalah 2 – 3 kali seminggu saja.

================

Bengkung Ibu

Mommy pengguna Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba Nawal Herbal Beauty?

Peringatan untuk mommy ya ~

Bakar tungku besi atas api paling perlahan selama 20-30 minit. Ingat ya atas api paling perlahan…kemudian tutup api dan biarkan seketika dalam 5-10 minit, kemudian angkat dan masukkan ke dalam sarung tungku herba dan bolehlah mula bertungku.

Dilarang bakar atas api sederhana atau kuat ya, kerana ia boleh menyebabkan fabrik dalam sarung tungku herba hangus/ terkoyak.

Jangan basuh sarung tungku herba. Anda hanya perlu menyimpannya di dalam bekas terbuka. Cara penjagaan yang betul boleh memastikan sarung tungku herba anda boleh disimpan lama hingga tempoh 3 tahun.

Dalam tempoh berpantang, mommy digalakkan bertungku pada setiap pagi, sebelum mandi. Dan jg pada waktu petang dan juga malam. Jadikan amalan bertungku sbg rutin berpantang mommy sepanjang hari untuk memperoleh kesihatan optimum dan pelancaran darah nifas dan yang paling utama untuk pengecutan rahim/ sistem peranakan mommy.

Selamat bertungku 🙂