Select Page

Syarikat Nawal Enterprise, bernombor pendaftaran SA0242518-H bertanggungjawab mencipta jenama Nawal Herbal Beauty, iaitu suatu rangkaian produk kecantikan, produk herba dan set bersalin pada penghujung tahun 2012. Pada Januari 2013, produk dilancarkan secara rasmi dan Pejabat Pengurusan syarikat mula dibuka di Seri Kembangan, Selangor.

 

Sehingga kini, produk semakin dikenali ramai dan makin terkenal di seluruh negara. Produk Set Bersalin kami semakin dipercayai kerana kualiti dan fungsinya yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan ibu selepas bersalin.

 

Pihak syarikat menyedari timbulnya kesukaran untuk ibu mendapatkan produk berpantang yang terbukti berkesan dan sangat ekonomi dari segi wang ringgit. Dan kami juga sedar, begitu ramai di kalangan pengguna menghadapi masalah intim bersama suami, badan sering jatuh sakit, tenaga dan prestasi stamina semakin menurun, wajah makin hilang seri, dan selalu hilang semangat melihatkan penampilan diri yang makin jauh berubah selepas bersalin.

 

Dari situ, timbulnya idea untuk kami melahirkan set bersalin yang bukan sahaja berkesan dan berkualiti, malah praktikal digunakan yang mana ibu akan melalui cara berpantang seperti di kampung dan penuh tradisional. Disinilah rahsia dan kekuatan produk kami disamping ianya sangat berpatutan dari segi harga.

 

Yang pasti, produk kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan kilang kami adalah berstatus Bumiputera Muslim dan mendapat pensijilan GMP.

 

Bagi kami, dengan pelahiran produk kami ini dapat membantu meningkatkan ekonomi bumiputera dan Muslim khasnya kerana ia adalah suatu bentuk jihad untuk mencapai kehidupan yang seimbang, berjaya di dunia dan di akhirat. In Shaa Allah.

Hubungi Kami

Nawal Herbal Beauty
Lot 1118i Jalan Rahmat
Kg Teras Jernang
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Malaysia

Email Address: nawalofficial@gmail.com
Telephone: +6012 - 991 2841